Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, November 21, 2012

Malu yer


Hari ini ibu sangat seronok sebab dapat tengok baby lagi sekali. Pagi-pagi sebelum klinik buka dah terpacak kat situ. This time Dr. scan, Dr. cakap baby nampak macam baby perempuan masa Dr. berjaya scan waktu baby terkangkang. hikhikhik. Nakalnya dia. Lepas tu tangan asik nak tutup muka jer. Malu ler tu dgn Dr. dan ibu. Tapi ada beberapa org ckp baby mcm baby lelaki. Diaorang buat analysis berdasarkan bentuk tubuh dan perut. Tunggu je ms lahir nanti mana satu yg betul.

Alhamdulillah Dr. cakap berat sy naik normal. Dlm masa 1 bulan naik 2 kg. Berat baby pula sekarang 352 gram. Yeay berat baby pun naik juga. Dr. cakap semuanya normal. Kali ni nampak sikit2 muka baby. Yang kelakarnya nampak baby menguap beberapa kali.

Mesin scan Dr. tu boleh scan 3D jugak. Tadi jenguh la Dr. nak kasi tunjuk muka baby dekat ibu. Tapi baby asyik tutup muka dengan tangan, sampai dengan kaki-kaki sekali naik ke muka. Aish pemalunya dia. Lepas tu tali pusat pulak tutup muka baby. Risau juga kalau tali pusat tu terbelit leher ke, tp Dr. kata x ada apa2 tu. Akhirnya x dapat jugak tgk muka baby 3D sebab tiba-tiba baby lari pergi posisi lain. Saje nak main sorok2 ye.

Sudahnya next appointment pd 22/12/2012 nanti kita try semula scan muka baby. Next appointment Dr. akan periksa jantung baby juga. Sebelum balik Dr. suruh suntik kancing gigi. Sakit sikit masa kena suntik tp alhamdulillah tangan x kebas. Haha kalau en. muhaimin kena suntik, tak tau la macamana muka pucat dia tu takut jarum. Dah la jarum panjang. Sebelum jumpa Dr., pergi amik urine dan check bp. Dr. kata urine ok x ada masalah. Mula2 risau tentang bp sebab masa first amik bacaan tu, bacaan bawah lebih dr boarder, second time ambil, bacaan atas pulak atas border. Bila check dgn Dr., dia kata bp ok. Kalau tinggi, Dr. akan buat sesuatu lah kan.

Baby oh baby next meeting, jgn sorok2 muka lagi ye..sian la kat ibu, teringin sgt nak tgk muka baby. =)

Tuesday, November 13, 2012

next prenatal checkup

Prenatal checkup yg ketiga hari tu buat kat poliklinik Mesra, Seri Kembangan pd 30 Oktober 2012. Kali ni jumpa Dr. Rahaya. Masa buat scan tu, banyak juga perkembangan baby yg Dr. Rahaya bagitau. Dr. cakap sekarang berat baby 106 gram. Ringannyerr..Dah nampak kedua2 kaki dan tangan baby. Tulang belakang pun ok, alhamdulillah. Tp x dapat nak tgk jantina baby sebab x nampak. Hehe. Masa scan tu baby dalam posisi meniarap. Ibu jari dia main-main dekat pipi, kata Dr...Aishh comelnya. Lepas tu Dr pun bagi dengar heart beat baby. wah first time dengar mcm jakunnya dpt dengar heart beat dlm perut.Heart beat baby pun okay..alhamdulillah

3 November yang lepas ada Mother and Baby Expo kat PWTC. Kami berdua sampai sana pun dah petang. Setelah sesat barat ke mana-mana. Tak sesat pun tp terlepas beberapa jalan campur traffic jam lagi. Tapi booth yang ada x banyak sangat. Kami survey harga barang2 baby spt breast pump set, stroller dan baby cot. Nanti next expo dekat Midvalley baru nak beli kalau dapat harga yg best.

Hari tu dah shopping sikit barang baby. Seronoknya. tgk baju baby tersusun dlm almari. x sabar nak tunggu baby keluar. Buat sementara ni baby duduk dlm perut elok-elok ye. =)

Monday, October 8, 2012

second trimester


Sekarang ni baby sudah masuk 14 minggu, dah masuk second trimester. Seronok2. Last week check up dekat AZIM, Dr. Fadzlina scan perut guna usg. Dah nampak kepala dan kaki baby. Kaki baby bergerak2. Subhanallah, indahnya ciptaan Allah. Tak sangka ada makhluk comel dalam perut yang sedang bergerak-gerak =). Gembiranya ibu tengok anak ibu ni gerak-gerakkan kaki. Terharu sungguh.

Hari tu jugak dapat result darah. Dr. cakap semua ok. Cuma imunisasi daripada Hepatitis B dah habis. Kalau nak suntik sekarang pun x boleh sebab bahaya pada baby. Ummi pun cakap lepas bersalin x payah cucuk for protection la. kalau banyak sangat cucuk pun nanti penyakit lain pulak datang. Hmm.. baiklah. Tentang sakit belakang yg saya alami sewaktu tidur melentang, Dr. cakap itu perkara biasa sebab rahim sedang membesar. tapi boleh jadi juga akibat daripada postur badan yang tak betul. So, Dr. suruh betulkan postur badan.

Kali ni En. Muhaimin ikut sekali pergi check-up. Saja je tarik dia pergi sekali sebab nak bagi dia tengok baby masa scan tu. Kesian dia kena sama-sama tunggu lama untuk jumpa Dr. Sudahnya kami berdua half day je kerja hari tu. Masuk lepas pukul 2 pm. Lepas ni untuk regular check-up, nak pergi ke klinik mesra pulak. Sebab kosnya x semahal jumpa pakar. Dah sarat nanti baru jumpa Dr. pakar balik. Kali ni Dr. tak bagi pulak gambar scan baby, so tak dapat nak post disini.




Tuesday, September 4, 2012

5 minggu..eh 9 minggu.


Hari ini hari pertama berjumpa dengan Dr. Fadzlina Hanum di AZIM. Berdebar-dabar rasa nak dengar khabar gembira. Alhamdulillah Dr sah kan saya hamil 9 minggu. Terkejut jugak sebab buat kira-kira sendiri sebelum ni, macam 5 minggu. Tapi masa Dr scan dia kata dah 9 minggu. Gembira sebab berjaya sampai hingga minggu ke 9. Setakat ni tiada alahan teruk cuma mual sikit di minggu2 awal dulu.

Sebenarnya dah lama sangat teringin akan kehadiran orang ketiga ni. Tapi sebelum ni tak berdoa sungguh-sungguh. Bila menjelang Ramadan baru-baru ni, saya bertekad untuk benyak-banyak minta pd Allah semoga diperkenankan untuk saya hamil pada bulan 7 atau 8 ni. Alhamdulillah bersyukur sangat Allah makbulkan hajat ini.

Ya Allah, sesungguhnya engkau Maha Pengasih dan Maha Pemberi.Peliharalah daku dan anak didalam rahimku ini. Semoga bayi ku akan membesar dengan sihat. Bantu lah kami  untuk menjadi ibu bapa yang soleh dan solehah yang mampu mendidik anak-anak kami untuk menjadi dai'e yang hebat kelak. Kurniakan la kami anak-anak yang sihat, sempurna sifat-sifatnya, cergas cerdas dan taat pada ibu bapanya.

Encik. Muhaimin, kita ada satu tanggungjawab besar ni..huhh..kena buat perancangan untuk pewaris kami.

 

Sunday, May 6, 2012

bacalah dengan nama tuhanmu


Pesta buku antarabangsa baru je melabuhkan tirainya. Saya dan En. Amin berkesempatan utk berkunjung kesana. Hasilnya buku-buku yang dibeli adalah mcm di atas. Pesta buku ini menerima kunjungan daripada bukan sedikit manusia. Itu tanda positif yang rakyat malaysia suka membaca. Tetapi adakah itu merupakan kayu pengukur utk kita mengatakan yang masyarakat kita cintakan ilmu? Adakah suka membaca itu bermakna sukakan ilmu? Orang yang cintakan ilmu semestinya suka membaca, tapi tidak sebaliknya. Kecintaan kepada ilmu dan buku seharusnya akan mendekatkan lagi diri kita kepada pencipta dan seterusnya mengangkat darjat kita ke satu tahap yang lebih baik daripada sebelumnya. Membaca sehingga membawa kepada hakikat penciptaan kita dan hakikat ketuhanan. Inilah yang membezakan pembacaan bahan-bahan lalai dan lagha seperti komik, majalah hiburan dengan buku-buku ilmiah. Sebab itu pentingnya jenis bahan pembacaan yang kita pilih kerana ianya menjadi makanan minda dan rohani kita. Bukan tidak boleh membaca bahan-bahan santai (tp buku-buku gossip dan novel-novel cinta yang tidak patuh syariat sangat-sangat tidak digalakkan), tapi carilah buku-buku santai yang tidak santai dengan pengisiannya. Maksudnya gaya penulisan yang santai tapi penuh hikmah. Salah satu contoh terbaik buku-buku sebegini yang kelihatan biasa-biasa saja tapi luar biasa ialah hasil karangan Ustaz Pahrol Juoi.

Cuba kita lihat kebanyakan daripada kita suka menjadikan membaca sebagai hobi. Sedangkan membaca tidak boleh dijadikan sekadar hobi malah ianya satu kewajipan. Menurut Al-Mursyid Dr. Zulkifli Al-Bakri, sekiranya membaca itu dijadikan hobi, maka pembacaan hanya akan dibuat pada waktu senggang sahaja. Sebaliknya ilmu merupakan kewajipan yang perlu dituntut pada bila-bila masa. Ini kerana ilmu sentiasa berkembang dan sekiranya kita mencarinya diwaktu lapang sahaja, maka kita akan ketinggalan gerabak ilmu. Hanya dengan ilmu, seseorang itu akan keluar daripada zon kejahilan kepada zon keilmuan. Begitu juga, ilmu merupakan punca yang membezakan diantara orang yang tahu dan tidak tahu.

Diceritakan bahawa kecintaan Imam Nawawi terhadap ilmu membuatkan beliau berbuka puasa di saat-saat hampir bersahur. Ini kerana beliau amat menghargai masa yang ada yang ingin dipenuhi dengan menimba ilmu. Sungguhpun jangka hayat beliau berakhir pada umur 40-an, namun hasil keilmuan dan karya beliau seolah-oleh bersamaan dengan menghasilkan 16 helai karangan setiap hari sepanjang hayat beliau (sepanjang hayat: dari lahir hingga meninggal). 16 helai x 365 hari x 40 tahun=berapa agaknya. Subhanallah, sangatlah banyak khazanah ilmu yang ditinggalkan. Begitu juga, sebelum berguru dengan Imam Malik, Imam Syafie sudah menghafal kitab-kitab Imam Malik terlebih dahulu.

Namun ilmu yang digali itu perlulah tersemat kemas di hati dan akal.  Seperti yang pernah terjadi pada Imam Al-Ghazali yang merupakan pencinta ilmu yang merantau jauh untuk menimba ilmu. Pada suatu hari selesai merantau dari menuntut ilmu, Imam Al-Ghazali pulang dengan harta dan buku-buku yang digunakan untuk dicatatkan segala ilmu yang ditimba daripada guru-gurunya disepanjang perantauannya. Dalam perjalanan, Imam Al-Ghazali telah dirompak. Seterusnya, Imam Al-Ghazali merayu pada perompak tu. Tapi bukan merayu agar perompak itu tidak mengambi hartanya sebaliknya beliau merayu supaya perompak tersebut tidak mengambil buku-bukunya. Jika tidak, habislah segala ilmu yang dikutip selama ini. Yang peliknya perompak itu mentertawakan beliau seraya mengatakan sesungguhnya ilmu itu sepatutnya berada dalam hati bukan pada helaian kertas. Wah sangat besar pengajaran yang diberi oleh perompak itu kepada Imam Al-Ghazali kerana sejak kejadian itu, Imam Al-Ghazali sentiasa menghafal ilmu yang telah beliau peroleh sehingga menjadikan beliau seorang ulama dan ilmuan islam yang sangat terkenal.

Selain membaca kita juga perlu menambah imu dengan menghadiri majlis-majlis ilmu dan mendengar siaran-siaran keilmuan. Ini kerana disamping membaca, kita juga perlu berguru dengan mendengar dan memahami huraian daripada mereka yang arif dan ahli. Yang penting, majlis-majlis ilmu ini akan menjadi satu platform peringatan kepada kita. Kita sebagai manusia fitrahnya perlu setiasa diingatkan kerana sebagai manusia kita selalu alpha. Sebab itu lah selain duduk di majlis ilmu yang dikeliling dengan orang-orang yang cintakan ilmu, sangat penting kita berdamping dengan kalangan mereka yang sentiasa mengajak kita ke arah mengingati Allah. Itulah istimewanya menghadiri usrah@ bulatan gembira. Peranan bulatan gembira ini sangat besar dalam membentuk ukhwah fillah dimana sahabat-sahabat ini lah yang akan mengingatkan kita dan mendorong kita meniti liku-liku cabaran menggapai cinta Allah, insya allah


Monday, April 16, 2012

my best friend

 
Princess hendak beradu setelah penat menelaah

Ini la kawan baik saya selain dari en. amin yang of course kawan terbaik saya kini dan selamanya. ngee ^^. Yang ni Princess namanya. Gedik je nama sang puteri. Nama princess diilhamkan dari cerita FanTasy CouPle. Princess ni adik ipar saya beli dari cik blogger Hanis Zalikha.

Princess memang adalah kesayangan saya walaupun kadang-kadang dia suka membuang air kat dlm rumah. Dia merupakan kawan baik saya sebab dia sentiasa ada setiap kali saya panggil dia. Kadang-kadang tu dia membuntuti kemana je saya pergi dlm rumah. Hai princess2...=) Kalau kat rumah tu, dia selalu mengiau kalau saya panggil namanya. Rasanya, itu tanda dia mahu bercakap dengan kita. Walaupun dia bukan lah kawan yang akan mengingatkan kita di kala kita tersasar, menenangkan kita di waktu kita tersungkur dan menyantuni kita pada setiap masa, namun, keletahnya yang comel menjadi pengubat hati.

Berbuat baik dengan haiwan adalah sama dengan tuntutan membuat kebaikan kepada manusia. Haiwan pun adalah makhluk Allah yang ingin dilayan dengan baik. Di dalam kereta saya, saya ada sediakan satu bekas makanan kucing untuk saya beri setiap kali saya jumpa mana-mana kucing di tempat saya berhenti. Dengan buat begitu saya rasa gembira sebab dapat membantu kucing terutamanya yang terbiar untuk sekurang-kurangnya pada ketika itu merasa nikmat mendapat makanan. Berbuat baik dengan haiwan merupakan amalan soleh yang akan dinilai baik oleh Allah. Salah satu amalan yang sangat disukai oleh Rasulullah ialah berbuat baik kepada kucing. Abu Hurairah, seorang perawi hadith juga sangat menyayangi kucing.

Berbelas kasihan pada haiwan membuatkan hati kita lembut dan mudah memberi kasih sayang. Seperti kata Prof Dr. Muhaya, kita akan meraih kasih sayang hanya bila kita memberi kasih sayang. Bak kata orang, apa yang kita beri, itulah yang kita dapat. Kalau baik yang kita bagi insya allah berkali ganda akan dibalas oleh Allah dan begitulah sebaliknya. Oleh itu sebar-sebarkan lah kasih sayang hatta dengan haiwan. Lagi gambar princess

wah2..khusyuk tengok bola mengalahkan orang

                        Gaya tidur feveret princess iaitu kuak lentang. See mee-u jantan yang kat sebelah tu lagi sopan



Princess bajet slim dan kecik untuk tido dalam kotak. Padahal dah mcm nak terseliuh tengkuk tu dah nampak gayanya

Sunday, April 15, 2012

kraftiviti--DIY Project

Dah berminggu-minggu tertanam hajat di hati untuk buat benda ni. Tapi sebab ada benda yg x de kat rumah, ibaratnya macam orang tua yang hilang tongkat. Jadi, tak boleh nak make a move. Akhirnya setelah berjaya membeli hot glue iaitu barang penting yang jadi penyebab kerja ni tertangguh-tangguh, maka malam sabtu lepas, bermulalah projek kraftiviti pertamaku iaitu decoration for jar lid.

Ingatkan projek besar sangat lah. Rupa-rupanya nak balut tutup balang jer. Ni ha barang-barang asas: hot glue, kain, reben yang match dengan warna kain, bunga untuk hiasan dan bahan asas mestilah balang...mm bukan balang pun, tapi tempat bekas spices yang kecik miut tu mcm dibawah.




Kain tu dipotong secara square dan ditempekkan disekeliling penutup tu dengan hot glue..huhu mencabar juga guna hot glue ni, banyak kali gak la jejari runcing ni manjadi mangsa panahan panas hot glue. nama pun hot glue. Lepas dah lekatkan kain tu, balut sekeliling kain tu dengan reben agar boleh menutup kelepet-kelepet yang ada kat bahagian tepi keliling penutup tu. Baru nampak cantik.

Lepas tu baru letak bunga dicelah-celah mana yang disukai bagi menganggunkan lagi balang kita. Hasilnya seperti ini,


Comel kan. kain tu seelok-eloknya kelimkan atau kalau malas macam saya sepatutnya gunting dengan gunting zig-zag tu. Tapi masa nk beli gunting tu, terkejut la sebab harga boleh tahan. Saya bukan selalu nak guna, rasa mcm membazir. Tengoklah kalau dah banyak kraftiviti yang dibuat, boleh dipertimbangkan balik. So jalan paling senang lalukan dekat lilin tept-tepi kain tu supaya tek berambu ramba.

Lepas ni nak buat apa ye untuk hias rumah lagi? Tenkiu to suami ku en amin sebab temankan diriku buat bendalah ini. ^^


Wednesday, April 11, 2012

Nukilan pertama

Nukilan pertama ini ku titipkan sebagai langkah pertama kepada coretan hidupku, Insya allah. Segala ilmu yang ku kutip akan disematkan di blog ini. Segala memori indah bersama suami tercenta, encik. muhaimin akan diabadikan disini juga.