Princess hendak beradu setelah penat menelaah
Ini la kawan baik saya selain dari en. amin yang of course kawan terbaik saya kini dan selamanya. ngee ^^. Yang ni Princess namanya. Gedik je nama sang puteri. Nama princess diilhamkan dari cerita FanTasy CouPle. Princess ni adik ipar saya beli dari cik blogger Hanis Zalikha.
Princess memang adalah kesayangan saya walaupun kadang-kadang dia suka membuang air kat dlm rumah. Dia merupakan kawan baik saya sebab dia sentiasa ada setiap kali saya panggil dia. Kadang-kadang tu dia membuntuti kemana je saya pergi dlm rumah. Hai princess2...=) Kalau kat rumah tu, dia selalu mengiau kalau saya panggil namanya. Rasanya, itu tanda dia mahu bercakap dengan kita. Walaupun dia bukan lah kawan yang akan mengingatkan kita di kala kita tersasar, menenangkan kita di waktu kita tersungkur dan menyantuni kita pada setiap masa, namun, keletahnya yang comel menjadi pengubat hati.
Berbuat baik dengan haiwan adalah sama dengan tuntutan membuat kebaikan kepada manusia. Haiwan pun adalah makhluk Allah yang ingin dilayan dengan baik. Di dalam kereta saya, saya ada sediakan satu bekas makanan kucing untuk saya beri setiap kali saya jumpa mana-mana kucing di tempat saya berhenti. Dengan buat begitu saya rasa gembira sebab dapat membantu kucing terutamanya yang terbiar untuk sekurang-kurangnya pada ketika itu merasa nikmat mendapat makanan. Berbuat baik dengan haiwan merupakan amalan soleh yang akan dinilai baik oleh Allah. Salah satu amalan yang sangat disukai oleh Rasulullah ialah berbuat baik kepada kucing. Abu Hurairah, seorang perawi hadith juga sangat menyayangi kucing.
Berbelas kasihan pada haiwan membuatkan hati kita lembut dan mudah memberi kasih sayang. Seperti kata Prof Dr. Muhaya, kita akan meraih kasih sayang hanya bila kita memberi kasih sayang. Bak kata orang, apa yang kita beri, itulah yang kita dapat. Kalau baik yang kita bagi insya allah berkali ganda akan dibalas oleh Allah dan begitulah sebaliknya. Oleh itu sebar-sebarkan lah kasih sayang hatta dengan haiwan. Lagi gambar princess
wah2..khusyuk tengok bola mengalahkan orang
Gaya tidur feveret princess iaitu kuak lentang. See mee-u jantan yang kat sebelah tu lagi sopan
Princess bajet slim dan kecik untuk tido dalam kotak. Padahal dah mcm nak terseliuh tengkuk tu dah nampak gayanya