Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers

Sunday, May 6, 2012

bacalah dengan nama tuhanmu


Pesta buku antarabangsa baru je melabuhkan tirainya. Saya dan En. Amin berkesempatan utk berkunjung kesana. Hasilnya buku-buku yang dibeli adalah mcm di atas. Pesta buku ini menerima kunjungan daripada bukan sedikit manusia. Itu tanda positif yang rakyat malaysia suka membaca. Tetapi adakah itu merupakan kayu pengukur utk kita mengatakan yang masyarakat kita cintakan ilmu? Adakah suka membaca itu bermakna sukakan ilmu? Orang yang cintakan ilmu semestinya suka membaca, tapi tidak sebaliknya. Kecintaan kepada ilmu dan buku seharusnya akan mendekatkan lagi diri kita kepada pencipta dan seterusnya mengangkat darjat kita ke satu tahap yang lebih baik daripada sebelumnya. Membaca sehingga membawa kepada hakikat penciptaan kita dan hakikat ketuhanan. Inilah yang membezakan pembacaan bahan-bahan lalai dan lagha seperti komik, majalah hiburan dengan buku-buku ilmiah. Sebab itu pentingnya jenis bahan pembacaan yang kita pilih kerana ianya menjadi makanan minda dan rohani kita. Bukan tidak boleh membaca bahan-bahan santai (tp buku-buku gossip dan novel-novel cinta yang tidak patuh syariat sangat-sangat tidak digalakkan), tapi carilah buku-buku santai yang tidak santai dengan pengisiannya. Maksudnya gaya penulisan yang santai tapi penuh hikmah. Salah satu contoh terbaik buku-buku sebegini yang kelihatan biasa-biasa saja tapi luar biasa ialah hasil karangan Ustaz Pahrol Juoi.

Cuba kita lihat kebanyakan daripada kita suka menjadikan membaca sebagai hobi. Sedangkan membaca tidak boleh dijadikan sekadar hobi malah ianya satu kewajipan. Menurut Al-Mursyid Dr. Zulkifli Al-Bakri, sekiranya membaca itu dijadikan hobi, maka pembacaan hanya akan dibuat pada waktu senggang sahaja. Sebaliknya ilmu merupakan kewajipan yang perlu dituntut pada bila-bila masa. Ini kerana ilmu sentiasa berkembang dan sekiranya kita mencarinya diwaktu lapang sahaja, maka kita akan ketinggalan gerabak ilmu. Hanya dengan ilmu, seseorang itu akan keluar daripada zon kejahilan kepada zon keilmuan. Begitu juga, ilmu merupakan punca yang membezakan diantara orang yang tahu dan tidak tahu.

Diceritakan bahawa kecintaan Imam Nawawi terhadap ilmu membuatkan beliau berbuka puasa di saat-saat hampir bersahur. Ini kerana beliau amat menghargai masa yang ada yang ingin dipenuhi dengan menimba ilmu. Sungguhpun jangka hayat beliau berakhir pada umur 40-an, namun hasil keilmuan dan karya beliau seolah-oleh bersamaan dengan menghasilkan 16 helai karangan setiap hari sepanjang hayat beliau (sepanjang hayat: dari lahir hingga meninggal). 16 helai x 365 hari x 40 tahun=berapa agaknya. Subhanallah, sangatlah banyak khazanah ilmu yang ditinggalkan. Begitu juga, sebelum berguru dengan Imam Malik, Imam Syafie sudah menghafal kitab-kitab Imam Malik terlebih dahulu.

Namun ilmu yang digali itu perlulah tersemat kemas di hati dan akal.  Seperti yang pernah terjadi pada Imam Al-Ghazali yang merupakan pencinta ilmu yang merantau jauh untuk menimba ilmu. Pada suatu hari selesai merantau dari menuntut ilmu, Imam Al-Ghazali pulang dengan harta dan buku-buku yang digunakan untuk dicatatkan segala ilmu yang ditimba daripada guru-gurunya disepanjang perantauannya. Dalam perjalanan, Imam Al-Ghazali telah dirompak. Seterusnya, Imam Al-Ghazali merayu pada perompak tu. Tapi bukan merayu agar perompak itu tidak mengambi hartanya sebaliknya beliau merayu supaya perompak tersebut tidak mengambil buku-bukunya. Jika tidak, habislah segala ilmu yang dikutip selama ini. Yang peliknya perompak itu mentertawakan beliau seraya mengatakan sesungguhnya ilmu itu sepatutnya berada dalam hati bukan pada helaian kertas. Wah sangat besar pengajaran yang diberi oleh perompak itu kepada Imam Al-Ghazali kerana sejak kejadian itu, Imam Al-Ghazali sentiasa menghafal ilmu yang telah beliau peroleh sehingga menjadikan beliau seorang ulama dan ilmuan islam yang sangat terkenal.

Selain membaca kita juga perlu menambah imu dengan menghadiri majlis-majlis ilmu dan mendengar siaran-siaran keilmuan. Ini kerana disamping membaca, kita juga perlu berguru dengan mendengar dan memahami huraian daripada mereka yang arif dan ahli. Yang penting, majlis-majlis ilmu ini akan menjadi satu platform peringatan kepada kita. Kita sebagai manusia fitrahnya perlu setiasa diingatkan kerana sebagai manusia kita selalu alpha. Sebab itu lah selain duduk di majlis ilmu yang dikeliling dengan orang-orang yang cintakan ilmu, sangat penting kita berdamping dengan kalangan mereka yang sentiasa mengajak kita ke arah mengingati Allah. Itulah istimewanya menghadiri usrah@ bulatan gembira. Peranan bulatan gembira ini sangat besar dalam membentuk ukhwah fillah dimana sahabat-sahabat ini lah yang akan mengingatkan kita dan mendorong kita meniti liku-liku cabaran menggapai cinta Allah, insya allah