Alhamdulillah. Tanggal 1 mac 2013 telah lahir baby yg kami tunggu2. memang baby keluar disaat2 yang tak dijangka. waktu tu kandungan masih pd 34 minggu. tak sangka langsung 1.3.13 ialah tarikh yg baby pilih utk keluar. cantik tarikh tu.
Ceritanya bermula waktu malam lepas azan isya', tetiba rasa ada benda dlm perut tersentak ke bawah. Lepas tu, air ketuban mencurah2 keluar. Alhamdulillah En. suami ada disisi masa tu. Mula2 ingatkan terkencing, tapi air tu warna jernih, tak berbau dan tak boleh nk stop. Lekas2 kami call our parents. Akhirnya plan nk bersalin dekat An-Nur x jadi sebab kami terus ke hospital yg berdekatan, hospital putrajaya.
Masa sampai hospital dah rasa contraction. Rasa sakit tu datang selang seminit mcm tu. x sempat nk relaks, sakit balik. Bila tengok kat kaunter hospital, ada tertulis yg katil semua penuh, so sesiapa pun x boleh bersalin kt situ mlm ni. Sebab tu ada patient yg tunggu kt situ terpaksa naik ambulan pergi hospital lain. Tapi, kalau sekadar buat pemeriksaan dibolehkan. Jadinya saya minta nurse check kandungan saya. Risau la sebab air ketuban dah keluar.
Nurse minta saya ambil sampel urin. Lepas tu, saya diminta baring atas katil. Rupanya bila baring rasa contraction tu lagi sakit sebab kita tak dapat nak bergerak bebas. Sementara tunggu nurse check laluan, sembang jap dgn patient kat katil sebelah. Rasa cemburu pula pd akak tu sebab dia baring relaks je. Kita ni x senang baring, pusing kiri kanan. Rupanya akak tu baru keguguran. Ya allah rasa bersalah pula cemburu kt akak tu. Kesian kt dia, dia nampak tenang je walaupun lepas keguguran.
Tibalah masa nurse check laluan. Tak tau dia masukkan alat apentah kt bawah tu. Lepas check, dia kata bukaan dah 5cm. Kena tolak ke labour room. Haa..dah nak bersalin? Rasa mcm tak percaya. Yang sedihnya en. suami tak dibenarkn masuk. Katanya sebab baby premature. Lepas masuk labour room, salin baju semua, Dr. dan bidan semua suruh push. Tapi saya tak pandai teran. Dr. kata saya teran muka bukan teran perut. Dah lah mcm tu, dengan tak cukup nafasnya, memang azab la nk meneran. Tu la, masa pergi kelas anthenatal, dah dipesan berlatih bernafas, tapi malas buat. Dengan tak ada tenaga lg sebab tak sempat dinner. Banyak kali sangat meneran tp x berjaya sampaikan Dr. tanya awak tak sayang baby ke? Terus lepas tu, dengan sepenuh azam saya teran sekuatnya. Alhamdulillah baby keluar meluru dengan jayanya.
Sementara tunggu diaorang bersihkan baby dan paed check baby, Dr. jahit kt bawah. Masa kena potong, x rasa sakit pun, walaupun rasa kena potong. Bila kena jahit, ada la rasa sakit mcm kena gigit semut. Kalau x tahan, Dr. suruh sedut gas tapi tak boleh sedut banyak2, takut kita pening.
Baby walaupun x cukup bulan, alhamdulillah dia tak perlu masuk inkubator sbb paed kata dia sihat mcm baby cukup bulan. Cuma kena pantau sugar level dia. Jadinya darah dia kena ambil 4 kali. Kesian dia, kaki kecik tu kena cucuk utk ambil darah.
Maka berakhirlah episod pengalaman bersalin baby Qays. Ha nak mencari nama baby pun satu hal..nanti entry lain cerita. Malam tu saya dpt bilik special. Bilik tak share dengan sesiapa, toilet pun dpt satu. huahua saya duduk kt labour room mlm tu sbb katil wad penuh. Alhamdulillah tak ada org bersalin lepas saya. Kalau x, mana la diaorg tolak saya mlm tu.
Ini la dia Qays kesayangan kami yang berumur 2 hari.
Firman Allah: "Sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang." (Ar-ra'ad:28) .
Wednesday, May 29, 2013
Wednesday, January 2, 2013
boy or girl?
Last week appointment dgn Dr. Rahaya, dapat scan lagi perut ini. Kali ni encik muhaimin ikut sekali. Hehehe..Nak bagi dia tengok baby dah besar dalam perut. Baby sekarang dah 700gram. Wow banyak jugak naik kalau nak dibandingkan from previous berat masa last check up bulan lepas. Walaupun mommynya turun berat badan , tapi baby tetap put on weight..yeay..Saya turun berat sebab dua kali demam dalam masa dua minggu. So, memang tak ada selera makan.
Ehem ehem dah pesan dengan Dr. untuk check semula jantina baby. Sebab masa check up sebelum ni Dr. cakap macam perempuan. Gayanya macam Dr. pun tak pasti. So, kali ni scan la. Dr. cakap lelaki. Saya memang terkejut sebab tak sangka baby boy rupanya dalam perut ni. Rasanya confirm boy sebab dah nampak dia punya tut ttut. Hihihi. Ish malu lah baby tunjuk kat Dr. Lepas tu Dr. siap tanya, kenapa terkejut, dah beli baju pink ke? Tak beli pun color2 pink ni. Kami beli color universal sebab boleh la next baby pakai tak kira jantina apa pun. Tapi ntah la, saya terkejut sebab selama ni perasaan saya rasa baby girl. Tapi kami tak kisah pun boy ke girl. Asalkan sempurna sifatnya dan sihat walafiat.
This time, baby berjaya tunjuk muka tepinya sahaja. Makanya muka depan tak dapat tengok sebab dia pusing-pusing lepas tu kena tutup dengan tali pusat. Tu la geram je baby ni aktif sampai tak dapat tengok muka depan untuk kali keduanya. Dr. check jantung, ok. Bibir pun ok tak sumbing. Alhamdulillah...Saya minta dengan Dr. ubat obimin plus sebab obimin plus ni baik unyuk perkembangan otak baby. Dapat la obimin plus tapi rasa macam tak cukup stock untuk next appointment. So next appointment 26 Jan 2013. Oh ya saya dah daftar seminar penyusuan susu ibu dan bengkel pendidikan dan perkembangan anak-anak. Tinggal nak cari kelas untuk bersalin je. Check it out--->>
Ehem ehem dah pesan dengan Dr. untuk check semula jantina baby. Sebab masa check up sebelum ni Dr. cakap macam perempuan. Gayanya macam Dr. pun tak pasti. So, kali ni scan la. Dr. cakap lelaki. Saya memang terkejut sebab tak sangka baby boy rupanya dalam perut ni. Rasanya confirm boy sebab dah nampak dia punya tut ttut. Hihihi. Ish malu lah baby tunjuk kat Dr. Lepas tu Dr. siap tanya, kenapa terkejut, dah beli baju pink ke? Tak beli pun color2 pink ni. Kami beli color universal sebab boleh la next baby pakai tak kira jantina apa pun. Tapi ntah la, saya terkejut sebab selama ni perasaan saya rasa baby girl. Tapi kami tak kisah pun boy ke girl. Asalkan sempurna sifatnya dan sihat walafiat.
This time, baby berjaya tunjuk muka tepinya sahaja. Makanya muka depan tak dapat tengok sebab dia pusing-pusing lepas tu kena tutup dengan tali pusat. Tu la geram je baby ni aktif sampai tak dapat tengok muka depan untuk kali keduanya. Dr. check jantung, ok. Bibir pun ok tak sumbing. Alhamdulillah...Saya minta dengan Dr. ubat obimin plus sebab obimin plus ni baik unyuk perkembangan otak baby. Dapat la obimin plus tapi rasa macam tak cukup stock untuk next appointment. So next appointment 26 Jan 2013. Oh ya saya dah daftar seminar penyusuan susu ibu dan bengkel pendidikan dan perkembangan anak-anak. Tinggal nak cari kelas untuk bersalin je. Check it out--->>
Wednesday, November 21, 2012
Malu yer
Hari ini ibu sangat seronok sebab dapat tengok baby lagi sekali. Pagi-pagi sebelum klinik buka dah terpacak kat situ. This time Dr. scan, Dr. cakap baby nampak macam baby perempuan masa Dr. berjaya scan waktu baby terkangkang. hikhikhik. Nakalnya dia. Lepas tu tangan asik nak tutup muka jer. Malu ler tu dgn Dr. dan ibu. Tapi ada beberapa org ckp baby mcm baby lelaki. Diaorang buat analysis berdasarkan bentuk tubuh dan perut. Tunggu je ms lahir nanti mana satu yg betul.
Alhamdulillah Dr. cakap berat sy naik normal. Dlm masa 1 bulan naik 2 kg. Berat baby pula sekarang 352 gram. Yeay berat baby pun naik juga. Dr. cakap semuanya normal. Kali ni nampak sikit2 muka baby. Yang kelakarnya nampak baby menguap beberapa kali.
Mesin scan Dr. tu boleh scan 3D jugak. Tadi jenguh la Dr. nak kasi tunjuk muka baby dekat ibu. Tapi baby asyik tutup muka dengan tangan, sampai dengan kaki-kaki sekali naik ke muka. Aish pemalunya dia. Lepas tu tali pusat pulak tutup muka baby. Risau juga kalau tali pusat tu terbelit leher ke, tp Dr. kata x ada apa2 tu. Akhirnya x dapat jugak tgk muka baby 3D sebab tiba-tiba baby lari pergi posisi lain. Saje nak main sorok2 ye.
Sudahnya next appointment pd 22/12/2012 nanti kita try semula scan muka baby. Next appointment Dr. akan periksa jantung baby juga. Sebelum balik Dr. suruh suntik kancing gigi. Sakit sikit masa kena suntik tp alhamdulillah tangan x kebas. Haha kalau en. muhaimin kena suntik, tak tau la macamana muka pucat dia tu takut jarum. Dah la jarum panjang. Sebelum jumpa Dr., pergi amik urine dan check bp. Dr. kata urine ok x ada masalah. Mula2 risau tentang bp sebab masa first amik bacaan tu, bacaan bawah lebih dr boarder, second time ambil, bacaan atas pulak atas border. Bila check dgn Dr., dia kata bp ok. Kalau tinggi, Dr. akan buat sesuatu lah kan.
Baby oh baby next meeting, jgn sorok2 muka lagi ye..sian la kat ibu, teringin sgt nak tgk muka baby. =)
Tuesday, November 13, 2012
next prenatal checkup
Prenatal checkup yg ketiga hari tu buat kat poliklinik Mesra, Seri Kembangan pd 30 Oktober 2012. Kali ni jumpa Dr. Rahaya. Masa buat scan tu, banyak juga perkembangan baby yg Dr. Rahaya bagitau. Dr. cakap sekarang berat baby 106 gram. Ringannyerr..Dah nampak kedua2 kaki dan tangan baby. Tulang belakang pun ok, alhamdulillah. Tp x dapat nak tgk jantina baby sebab x nampak. Hehe. Masa scan tu baby dalam posisi meniarap. Ibu jari dia main-main dekat pipi, kata Dr...Aishh comelnya. Lepas tu Dr pun bagi dengar heart beat baby. wah first time dengar mcm jakunnya dpt dengar heart beat dlm perut.Heart beat baby pun okay..alhamdulillah
3 November yang lepas ada Mother and Baby Expo kat PWTC. Kami berdua sampai sana pun dah petang. Setelah sesat barat ke mana-mana. Tak sesat pun tp terlepas beberapa jalan campur traffic jam lagi. Tapi booth yang ada x banyak sangat. Kami survey harga barang2 baby spt breast pump set, stroller dan baby cot. Nanti next expo dekat Midvalley baru nak beli kalau dapat harga yg best.
Hari tu dah shopping sikit barang baby. Seronoknya. tgk baju baby tersusun dlm almari. x sabar nak tunggu baby keluar. Buat sementara ni baby duduk dlm perut elok-elok ye. =)
3 November yang lepas ada Mother and Baby Expo kat PWTC. Kami berdua sampai sana pun dah petang. Setelah sesat barat ke mana-mana. Tak sesat pun tp terlepas beberapa jalan campur traffic jam lagi. Tapi booth yang ada x banyak sangat. Kami survey harga barang2 baby spt breast pump set, stroller dan baby cot. Nanti next expo dekat Midvalley baru nak beli kalau dapat harga yg best.
Hari tu dah shopping sikit barang baby. Seronoknya. tgk baju baby tersusun dlm almari. x sabar nak tunggu baby keluar. Buat sementara ni baby duduk dlm perut elok-elok ye. =)
Monday, October 8, 2012
second trimester
Sekarang ni baby sudah masuk 14 minggu, dah masuk second trimester. Seronok2. Last week check up dekat AZIM, Dr. Fadzlina scan perut guna usg. Dah nampak kepala dan kaki baby. Kaki baby bergerak2. Subhanallah, indahnya ciptaan Allah. Tak sangka ada makhluk comel dalam perut yang sedang bergerak-gerak =). Gembiranya ibu tengok anak ibu ni gerak-gerakkan kaki. Terharu sungguh.
Hari tu jugak dapat result darah. Dr. cakap semua ok. Cuma imunisasi daripada Hepatitis B dah habis. Kalau nak suntik sekarang pun x boleh sebab bahaya pada baby. Ummi pun cakap lepas bersalin x payah cucuk for protection la. kalau banyak sangat cucuk pun nanti penyakit lain pulak datang. Hmm.. baiklah. Tentang sakit belakang yg saya alami sewaktu tidur melentang, Dr. cakap itu perkara biasa sebab rahim sedang membesar. tapi boleh jadi juga akibat daripada postur badan yang tak betul. So, Dr. suruh betulkan postur badan.
Kali ni En. Muhaimin ikut sekali pergi check-up. Saja je tarik dia pergi sekali sebab nak bagi dia tengok baby masa scan tu. Kesian dia kena sama-sama tunggu lama untuk jumpa Dr. Sudahnya kami berdua half day je kerja hari tu. Masuk lepas pukul 2 pm. Lepas ni untuk regular check-up, nak pergi ke klinik mesra pulak. Sebab kosnya x semahal jumpa pakar. Dah sarat nanti baru jumpa Dr. pakar balik. Kali ni Dr. tak bagi pulak gambar scan baby, so tak dapat nak post disini.
Tuesday, September 4, 2012
5 minggu..eh 9 minggu.
Hari ini hari pertama berjumpa dengan Dr. Fadzlina Hanum di AZIM. Berdebar-dabar rasa nak dengar khabar gembira. Alhamdulillah Dr sah kan saya hamil 9 minggu. Terkejut jugak sebab buat kira-kira sendiri sebelum ni, macam 5 minggu. Tapi masa Dr scan dia kata dah 9 minggu. Gembira sebab berjaya sampai hingga minggu ke 9. Setakat ni tiada alahan teruk cuma mual sikit di minggu2 awal dulu.
Sebenarnya dah lama sangat teringin akan kehadiran orang ketiga ni. Tapi sebelum ni tak berdoa sungguh-sungguh. Bila menjelang Ramadan baru-baru ni, saya bertekad untuk benyak-banyak minta pd Allah semoga diperkenankan untuk saya hamil pada bulan 7 atau 8 ni. Alhamdulillah bersyukur sangat Allah makbulkan hajat ini.
Ya Allah, sesungguhnya engkau Maha Pengasih dan Maha Pemberi.Peliharalah daku dan anak didalam rahimku ini. Semoga bayi ku akan membesar dengan sihat. Bantu lah kami untuk menjadi ibu bapa yang soleh dan solehah yang mampu mendidik anak-anak kami untuk menjadi dai'e yang hebat kelak. Kurniakan la kami anak-anak yang sihat, sempurna sifat-sifatnya, cergas cerdas dan taat pada ibu bapanya.
Encik. Muhaimin, kita ada satu tanggungjawab besar ni..huhh..kena buat perancangan untuk pewaris kami.
Sunday, May 6, 2012
bacalah dengan nama tuhanmu
Pesta buku antarabangsa baru je melabuhkan tirainya. Saya dan En. Amin berkesempatan utk berkunjung kesana. Hasilnya buku-buku yang dibeli adalah mcm di atas. Pesta buku ini menerima kunjungan daripada bukan sedikit manusia. Itu tanda positif yang rakyat malaysia suka membaca. Tetapi adakah itu merupakan kayu pengukur utk kita mengatakan yang masyarakat kita cintakan ilmu? Adakah suka membaca itu bermakna sukakan ilmu? Orang yang cintakan ilmu semestinya suka membaca, tapi tidak sebaliknya. Kecintaan kepada ilmu dan buku seharusnya akan mendekatkan lagi diri kita kepada pencipta dan seterusnya mengangkat darjat kita ke satu tahap yang lebih baik daripada sebelumnya. Membaca sehingga membawa kepada hakikat penciptaan kita dan hakikat ketuhanan. Inilah yang membezakan pembacaan bahan-bahan lalai dan lagha seperti komik, majalah hiburan dengan buku-buku ilmiah. Sebab itu pentingnya jenis bahan pembacaan yang kita pilih kerana ianya menjadi makanan minda dan rohani kita. Bukan tidak boleh membaca bahan-bahan santai (tp buku-buku gossip dan novel-novel cinta yang tidak patuh syariat sangat-sangat tidak digalakkan), tapi carilah buku-buku santai yang tidak santai dengan pengisiannya. Maksudnya gaya penulisan yang santai tapi penuh hikmah. Salah satu contoh terbaik buku-buku sebegini yang kelihatan biasa-biasa saja tapi luar biasa ialah hasil karangan Ustaz Pahrol Juoi.
Cuba kita lihat kebanyakan daripada kita suka menjadikan membaca sebagai hobi. Sedangkan membaca tidak boleh dijadikan sekadar hobi malah ianya satu kewajipan. Menurut Al-Mursyid Dr. Zulkifli Al-Bakri, sekiranya membaca itu dijadikan hobi, maka pembacaan hanya akan dibuat pada waktu senggang sahaja. Sebaliknya ilmu merupakan kewajipan yang perlu dituntut pada bila-bila masa. Ini kerana ilmu sentiasa berkembang dan sekiranya kita mencarinya diwaktu lapang sahaja, maka kita akan ketinggalan gerabak ilmu. Hanya dengan ilmu, seseorang itu akan keluar daripada zon kejahilan kepada zon keilmuan. Begitu juga, ilmu merupakan punca yang membezakan diantara orang yang tahu dan tidak tahu.
Diceritakan bahawa kecintaan Imam Nawawi terhadap ilmu membuatkan beliau berbuka puasa di saat-saat hampir bersahur. Ini kerana beliau amat menghargai masa yang ada yang ingin dipenuhi dengan menimba ilmu. Sungguhpun jangka hayat beliau berakhir pada umur 40-an, namun hasil keilmuan dan karya beliau seolah-oleh bersamaan dengan menghasilkan 16 helai karangan setiap hari sepanjang hayat beliau (sepanjang hayat: dari lahir hingga meninggal). 16 helai x 365 hari x 40 tahun=berapa agaknya. Subhanallah, sangatlah banyak khazanah ilmu yang ditinggalkan. Begitu juga, sebelum berguru dengan Imam Malik, Imam Syafie sudah menghafal kitab-kitab Imam Malik terlebih dahulu.
Namun ilmu yang digali itu perlulah tersemat kemas di hati dan akal. Seperti yang pernah terjadi pada Imam Al-Ghazali yang merupakan pencinta ilmu yang merantau jauh untuk menimba ilmu. Pada suatu hari selesai merantau dari menuntut ilmu, Imam Al-Ghazali pulang dengan harta dan buku-buku yang digunakan untuk dicatatkan segala ilmu yang ditimba daripada guru-gurunya disepanjang perantauannya. Dalam perjalanan, Imam Al-Ghazali telah dirompak. Seterusnya, Imam Al-Ghazali merayu pada perompak tu. Tapi bukan merayu agar perompak itu tidak mengambi hartanya sebaliknya beliau merayu supaya perompak tersebut tidak mengambil buku-bukunya. Jika tidak, habislah segala ilmu yang dikutip selama ini. Yang peliknya perompak itu mentertawakan beliau seraya mengatakan sesungguhnya ilmu itu sepatutnya berada dalam hati bukan pada helaian kertas. Wah sangat besar pengajaran yang diberi oleh perompak itu kepada Imam Al-Ghazali kerana sejak kejadian itu, Imam Al-Ghazali sentiasa menghafal ilmu yang telah beliau peroleh sehingga menjadikan beliau seorang ulama dan ilmuan islam yang sangat terkenal.
Selain membaca kita juga perlu menambah imu dengan menghadiri majlis-majlis ilmu dan mendengar siaran-siaran keilmuan. Ini kerana disamping membaca, kita juga perlu berguru dengan mendengar dan memahami huraian daripada mereka yang arif dan ahli. Yang penting, majlis-majlis ilmu ini akan menjadi satu platform peringatan kepada kita. Kita sebagai manusia fitrahnya perlu setiasa diingatkan kerana sebagai manusia kita selalu alpha. Sebab itu lah selain duduk di majlis ilmu yang dikeliling dengan orang-orang yang cintakan ilmu, sangat penting kita berdamping dengan kalangan mereka yang sentiasa mengajak kita ke arah mengingati Allah. Itulah istimewanya menghadiri usrah@ bulatan gembira. Peranan bulatan gembira ini sangat besar dalam membentuk ukhwah fillah dimana sahabat-sahabat ini lah yang akan mengingatkan kita dan mendorong kita meniti liku-liku cabaran menggapai cinta Allah, insya allah
Subscribe to:
Posts (Atom)


