Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, February 26, 2014

Baiti Jannati


DIY ni
Alahai bersepah la atas meja makan tu


Ni versi bersih punya


Terpaksa balut sofa dengan selimut sebab dah berkepam. Maklum la putih, comotnya tu merata je
Ni sofa sebelum dibungkus dengan selimut macam kat gambar atas tu. Masa ni putih melepak lagi.

Ala-ala stor untuk menyorokkan push chair dan kasut-kasut yang bertaburan. Boleh sorok payung juga





Wall of remembrance

Projek DIY yang baru siap. Yang felt roses tu tak siap-siap lagi..haish

Close up sikit
Angle sini pulak
Akhirnya menemui idea untuk gantung di sini




Sheffield-Chatsworth

Dari car boot sale ke Sheffield memakan masa lebih kurang 4 jam. Sampai di Sheffield dah malam. Jadi, kami rest je sepanjang malam. Esok akan jadi hari yang panjang sebab nak lawat Chatsworth House.

Chatsworth house ini ialah sebuah mansion. Dah la mansion memang besar lah kan. Garden dia pun besar juga. Dulu Chatsworth ni kaya-raya, tapi generasi dia yang tinggal sekarang sudah tak mampu nak tanggung kos maintenance rumah dan garden. Jadi, kos untuk maintain semua tu diambil dari entrance fees daripada visitor mcm kami ni la. Sekarang ni generasi Chatsworth tinggal satu bahagian dalam rumah agam tu yang  sudah tentu tidak dibuka kepada orang awam untuk melawat. Bahagian lain yang dibuka untuk lawatan itu saja yang dibenarkan untuk dilawati. Sejarah keluarga Chatsworth ni panjang. Malas nak cerita, Google saja la kan.

Ada yang menarik iaitu satu bilik yang khas dibuat dan dihias untuk raja menginap. Mereka ni mendapat berita yang raja pada ketika itu mahu menyinggah rumah Chatsworth ni dan akan bermalam. Keluarga Chatsworth ni bertungkus lumus lah buat satu bilik khas untuk raja. Tapi akhirnya raja tu tak jadi datang. Akhirnya bilik raja dan segala hiasan dan perabot dalam tu dibiarkan sahaja tidak berusik sampai la sekarang.Yang ni pemandangan sepanjang perjalanan ke sana. Best sebab rasa macam laluan ke desa yang segar gitu.



eh..

Sebelum masuk ke perkarangan dalam, mari tengok pemandangan di keliling kawasan luar yang memang cantik. Lapang hijau je lepas tu kambing biri-biri bersepah meragut rumput-rumput.




 Gambar bawah ni ialah katil yang dibuat untuk raja yang tak datang2 tu.heheh


Kemudian, ini sebahagian pameran yang ditunjukkan dalam rumah agam Chatsworth. Sebahagian sangat tapi letak dua ketul gambar je. tsst



Lepas habis pusing dalam rumah, kami keluar pulak. Tamannya cantiknya dan besar. Siap ada maze macam alice in wonderland tu.

yang ni kalau tak silap green house

jauh pemandangan

besar tak rumah Chatsworth ni?

Dalam perjalanan ke taman





Mari masuk ke maze

Jangan sesat.




Sudah penat kita berpiknik.

Owh..masa kat sana, pengunjung dia kebanyakannya orang-orang tua. Mungkin sebab weekdays kot ataupun anak-anak muda tak berapa gemar dengan pameran ala-ala muzium ni. Tapi seronok je kalau piknik dekat taman tu. Ada itik dan kambing. k Assalamualaikum..


Friday, September 27, 2013

Teaser-Next DIY Project


Car Boot Sale

Hari ke-4, pagi2 lagi kami dah bangun sebab nak kejar ke car boot sale. Kalau pergi lambat, barang2 yang best2 dah kena rembat. Kat sini kalau nak masuk, kena bayar. Makin lambat datang makin murah bayarannya. Sebabnya dah tak banyak pilihan barang2 kalau makin lambat datang. Masa kami sampai2 je kat sana, kami dah pelik-pelik. Sebabnya kawasan car boot tu lapang macam padang jarak padang terkukur. Rupanya hari tu diorg pindah ke tempat lain sebab ada acara jogathon nak buat dekat situ. Nasib baik on je car boot sale, x cancel. Tinggal tukar tempat je. huhu. Ni la dia pemandangan car boot sale.


Memang ini betul2 car boot. Tak macam kat UPM, nama je car boot sale, tapi bukak booth. Patutnya nama boot sale je. Pastu diorg lak jual barang2 brand new. Mcm kat sini barang2 baru memang ada, tp kebanyakannya barang2 lama yg dijual




Memang niat dtg sini nak cari barang2 mainan/baju2 baby. Tapi baju baby boy x banyak. Kalau ada baby girl, dah lama borong banyak2. Memang harga murah2!. Macam playgym kat bawah ni, dpt 5 pound je. Nanti balik malaysia, basuh la kan. Jimat2. kalau tak, playgym kurang2 pun RM 100++.


Akhirnya x membeli sangat. Nak save duit sikit sebab perjalanan masih panjang. Takut short of money. ngeh2. Kami grab 3 ketul mainan. Ni la mainannya kat bawah ni. Semuanya 5 pound ke 1 pound setiap satu. Tapi yang penting murah dan mainannya masih elok lagi. Tak rosak apa pun. Terbaik lah. Ingatkan nak bagi Qays, Adam dan Sodiq sorang satu. Yang Qays punya block winnie the pooh. Last2 lagi dua mainan tu letak kat rumah tok mi. Sape2 datang rumah tok mi, boleh la main mana2 mainan mengikut kesukaan. Owh kena cakap yang ummi dan opah beli barang sangat banyak. Dengan baju lah, cermin la segala bagai barang. hehe. Ok, habis je shopping, rehat2 jap, kemas2 apa yg patut dan terus gerak ke Sheffield.


Wednesday, September 25, 2013

Day 3: High Street

Masuk hari ke tiga, tak pergi mana-mana. Cuma shopping di high street. Dah katanya high street, haruslah berjalan kaki. Tapi Ummi, Opah dan Madi drive masuk parking shopping mall sana. Takut x larat nak angkat barang2 shopping la tu.Ni la dia high street tu.

Tangkap gambar sekejap

Madi singgah bakery shop kejap sebab katanya lapar. Kat sini makanan tak halal unless kedai2 arab/pakistan dan yang menulis halal di premisnya. So Madi beli baguette sayur.


Nampaknya ummi dan opah pun macam nak beli tapi x beli pun. heheh

Tgk tu Madi tunjuk baguette sayur dia tu.



Kat sini time2 summer macam ni, Clarke buat sale runtuh-runtuhan. Kami semua haruslah jalan laju2 ke kedai Clarke nak rembat kasut2 barang 5-6 bijik. Masing-masing beli kasut pilihan hati kecuali Qays. =) Owh lupa dengan satu kedai ni. Best sangat kedai coklat kat bawah ni. Banyak sgt pilihan. Tapi2 kita kena pilih yang suitable for vege la ye sbb yang tu boleh dimakan tanpa ragu2.

Comel je kedai cekelat ni
Pose kejap kat depan kedai
hehehe

Owh owh kalau jumpa kedai pound land wajib singgah. Semua barang kat situ berharga 1 pound. Kedai dia jual macam2. Macam supermarket. Tapi kami beli chips dengan ubat gigi je pun. Sebelum balik beli makanan dulu. Kami beli kebab. Sedap sangat. Dah la besar. Nyum2. Kebab di sini adalah sedap. Ok tu je. Habis je shopping, semua naik kereta kecuali Madi dan en.Amin. hehe x muat la dengan barang2 shopping lagi mana nak letak. Esok hari ke 4 pergi ke carboot sale (bestnye2) pastu terus gerak ke Sheffield.