Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers

Friday, September 27, 2013

Teaser-Next DIY Project


Car Boot Sale

Hari ke-4, pagi2 lagi kami dah bangun sebab nak kejar ke car boot sale. Kalau pergi lambat, barang2 yang best2 dah kena rembat. Kat sini kalau nak masuk, kena bayar. Makin lambat datang makin murah bayarannya. Sebabnya dah tak banyak pilihan barang2 kalau makin lambat datang. Masa kami sampai2 je kat sana, kami dah pelik-pelik. Sebabnya kawasan car boot tu lapang macam padang jarak padang terkukur. Rupanya hari tu diorg pindah ke tempat lain sebab ada acara jogathon nak buat dekat situ. Nasib baik on je car boot sale, x cancel. Tinggal tukar tempat je. huhu. Ni la dia pemandangan car boot sale.


Memang ini betul2 car boot. Tak macam kat UPM, nama je car boot sale, tapi bukak booth. Patutnya nama boot sale je. Pastu diorg lak jual barang2 brand new. Mcm kat sini barang2 baru memang ada, tp kebanyakannya barang2 lama yg dijual




Memang niat dtg sini nak cari barang2 mainan/baju2 baby. Tapi baju baby boy x banyak. Kalau ada baby girl, dah lama borong banyak2. Memang harga murah2!. Macam playgym kat bawah ni, dpt 5 pound je. Nanti balik malaysia, basuh la kan. Jimat2. kalau tak, playgym kurang2 pun RM 100++.


Akhirnya x membeli sangat. Nak save duit sikit sebab perjalanan masih panjang. Takut short of money. ngeh2. Kami grab 3 ketul mainan. Ni la mainannya kat bawah ni. Semuanya 5 pound ke 1 pound setiap satu. Tapi yang penting murah dan mainannya masih elok lagi. Tak rosak apa pun. Terbaik lah. Ingatkan nak bagi Qays, Adam dan Sodiq sorang satu. Yang Qays punya block winnie the pooh. Last2 lagi dua mainan tu letak kat rumah tok mi. Sape2 datang rumah tok mi, boleh la main mana2 mainan mengikut kesukaan. Owh kena cakap yang ummi dan opah beli barang sangat banyak. Dengan baju lah, cermin la segala bagai barang. hehe. Ok, habis je shopping, rehat2 jap, kemas2 apa yg patut dan terus gerak ke Sheffield.


Wednesday, September 25, 2013

Day 3: High Street

Masuk hari ke tiga, tak pergi mana-mana. Cuma shopping di high street. Dah katanya high street, haruslah berjalan kaki. Tapi Ummi, Opah dan Madi drive masuk parking shopping mall sana. Takut x larat nak angkat barang2 shopping la tu.Ni la dia high street tu.

Tangkap gambar sekejap

Madi singgah bakery shop kejap sebab katanya lapar. Kat sini makanan tak halal unless kedai2 arab/pakistan dan yang menulis halal di premisnya. So Madi beli baguette sayur.


Nampaknya ummi dan opah pun macam nak beli tapi x beli pun. heheh

Tgk tu Madi tunjuk baguette sayur dia tu.



Kat sini time2 summer macam ni, Clarke buat sale runtuh-runtuhan. Kami semua haruslah jalan laju2 ke kedai Clarke nak rembat kasut2 barang 5-6 bijik. Masing-masing beli kasut pilihan hati kecuali Qays. =) Owh lupa dengan satu kedai ni. Best sangat kedai coklat kat bawah ni. Banyak sgt pilihan. Tapi2 kita kena pilih yang suitable for vege la ye sbb yang tu boleh dimakan tanpa ragu2.

Comel je kedai cekelat ni
Pose kejap kat depan kedai
hehehe

Owh owh kalau jumpa kedai pound land wajib singgah. Semua barang kat situ berharga 1 pound. Kedai dia jual macam2. Macam supermarket. Tapi kami beli chips dengan ubat gigi je pun. Sebelum balik beli makanan dulu. Kami beli kebab. Sedap sangat. Dah la besar. Nyum2. Kebab di sini adalah sedap. Ok tu je. Habis je shopping, semua naik kereta kecuali Madi dan en.Amin. hehe x muat la dengan barang2 shopping lagi mana nak letak. Esok hari ke 4 pergi ke carboot sale (bestnye2) pastu terus gerak ke Sheffield.







DIY Project


DIY project sudah siap. Deco untuk dapur. Next DIY project??
Sesungguhnya jika aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan"- Imam Hassan al Basri

Tuesday, September 24, 2013

Sanah Helwah


Credit to google

Happy birthday to our second anniversary (16 september) and happy birthday to myself (Today!!). Sambutan tahun ni sangat bermakna dengan kehadiran si comel baby Qays.



Dah 6 bulan dah dia. Alhamdulillah Qays membesar dengan sihat walaupun baru boleh meniarap. Lain2 baby lain perkembangannya. Don't grow up too fast darling. Ibu nak bermanja dan berkepit2 dengan Qays lagi. Nanti dah besar, Qays dah tak mau berkepit dengan ibu.






Monday, September 23, 2013

Day 2: Kota London

Hari kedua di London. kami ke kota London dari Uxbridge menaiki tube. Nak pergi ke tube tu, kami brjalan kaki, dpt la lalu high street kat sana.
                                  Kami start jalan berjemaah dari rumah ikut lorong2 tepian

eh2 double decker la. kata ibu kepada Qays =)

Sebelum sampai ke high street, kena lalu subway mcm kat bawah ni. Kalau boleh jgn jalan kat bahagian tepi2 sebab malam2 ramai org mabuk2 tiong muntah kt tepi2 tu.

subway

Dah sampai high street kita bergambar jap


pakai Boba utk bawa Qays

Ni la high streetnya. jom tengok lg


 Then, kita beli tiket utk naik tube ke kota London
Qays dalam tube dengan cik Madi


Sampai je ke stesen (hmm apa nama stesen tu..something like cookies..argg x ingat), kami terus ke Central Mosque. En. Amin dan Ummi solat Jumaat. Kitaorg pulak tersadai kat luar masjid.


Ini la pintu masuk Central Mosque. Tak dapat beli icecream yang kat box putih tu sebab mahal =(

Lepas tu jalan2 untuk ke British Museum. Jalan ke sana adalah penat okay. Tapi mampu bertahan. Sepanjang perjalanan nampak museum Sherloch Holmes. Snap2 je gambar dari jauh sebab nak masuk kena beratur.
Ha tengok tu beratur panjang. Sila abaikan makcik kain terbelah tu. Uhuhu

One happy family



Sampai British Museum adalah pengalaman paling menakutkan Oo Mai O God please help us. Sebabnya Qays mengamuk2. Bukan mengamuk biasa2, tapi mengamuk gila2 sampai kami rasa nak cabut muka sebab malu orang tengok. Lastly, bawak dia masuk dalam changing room. Salin diaper dan bagi susu tapi dia refused. Jalan terakhir ialah dodoikan dia sampai dia terlelap. Nak bagi lelap tu hazabnya.T_T. Kesimpulannya, kami tak berapa nak study pun pasal benda2 dlm museum ni (bajet mcm nak study sangat)

Ni la pintu masuk British Museum


Madi gigih study

Tempat santai2 pun ada lepas penat menelaah

Tengok tu, nak terbaring  ke picnic pun boleh


Akhirnya lepas seharian di kota London kami pun pulang ikut tube jugak. Tapi dah sampai Uxbridge station, semua x larat jalan dah. Kami adalah sangat kepenatan. Naik taxi, sampai rumah semua terbaring, alhamdulillah. Pengalaman yang indah. Next entry kami jalan2 dekat high street.














Thursday, August 29, 2013

UK, kami datang.

Kali ni nak gebang trip kami sekeluarga ke UK. Ahli terhormat dalam group ni ialah Qays, parents Qays, Opah Qays belah abahnya dan onyang Qays belah abahnya juga. Misi utama pergi sana ialah untuk bergembira sambil berjalan-jalan bersama adik ipar, Mardhiah (Madi) sebab dia baru habis her final year exam. So, before dia balik for good, kami amik kesempatan tuk jalan2 kat sana. Sebabnya, penginapan dah free, makan pun kebanyakaannya dpt tajaan dari friends of Madi. Heaven..Sunggu baik kawan2 Madi sebab sanggup kosongkan bilik untuk kami tidur, pastu masak sedap2. terharuuu...

Pada 13hb kitaorg bertolak ke UK. Flight pagi then, sampai sana dlm kul 5 wakttu tempatan. 13 jam duduk dlm perut kapal adalah mencabar. Sebabnya budak kecik Qays banyak kali meragam suka nangis sampai kami malu2 sebab suara dia je yang kedengaran. Walaubagaimana pun, akhirnya kami selamat tiba di Heathrow Airport.

Masa dah siap2 amik luggage semua, Madi pun dah siap2 menunggu kami. Kami terus amik kereta sewa. Asalnya nak sewa satu kereta besar. So muat la kami berenam campur barang2 sekali. Sekali company tu kata depa tak de kereta besar. Akhirnya terpaksa la amik dua kereta. Susah la nak jenjalan dgn dua kereta, pastu nak cari parking dah satu hal pulak, kena cari untuk dua petak kereta. Tapi tak mengapa, kami tabah sebab ni baru first day..rileks2. So lepas dah setel2 hal kereta, kami pun bertolak ke Uxbridge, ke sebuah kawasan perumahan dimana kat situ ada rumah kawan Madi untuk kami menumpang. Lama kot kitaorg tumpang sana. Dari hari Khamis sampai Ahad. Berikut ialah pemandangan sepanjang nak pergi ke rumah singgahan di Uxbridge. Serius cantiknya pemandangan ciptaan Allah. Maka benar lah, jauh berjalan, lain pemandangan. n_n







Hari ni kami tak berjalan-jalan kemana-mana pon sebab kepenatan yang amat sangat. best2 dapat bilik yang ada katil empuk...zzz lena bersama Qays. Btw, ni la rumah tumpangan kami tu. Comel je rumah ni. Dalam ni, diduduki oleh 4 orang pelajar melayu yang comel-comel juga. Dah la comel, pandai masak pulak tu. Malam tu, kami makan asam pedas ayam..terbaik sgt. sedap.


                           Ni la entrancenya. Oppss terdedah pulak toilet bowl dalam toilet tu.


Ni pemandangan dari entrance tadi. Belah kanan kitchen..Ala tak snap gambar kitchen. Disebabkan space kitchen sgt la ciput, fridge kena letak kat bawah tangga tu. Dua pintu tu ialah bilik memasing. Kat sebelah fridge tu ada satu lagi bilik khas utk lepak2 dan makan2 sebab ada sofa dan meja.


Steep betul tangga ni. Atas tu ada dua lagi bilik tidur. Sekian. UK, kami datang siri 2 akan menyusul.




Wednesday, May 29, 2013

little Qays

Alhamdulillah. Tanggal 1 mac 2013 telah lahir baby yg kami tunggu2. memang baby keluar disaat2 yang tak dijangka. waktu tu kandungan masih pd 34 minggu. tak sangka langsung 1.3.13 ialah tarikh yg baby pilih utk keluar. cantik tarikh tu.

Ceritanya bermula waktu malam lepas azan isya', tetiba rasa ada benda dlm perut tersentak ke bawah. Lepas tu, air ketuban mencurah2 keluar. Alhamdulillah En. suami ada disisi masa tu. Mula2 ingatkan terkencing, tapi air tu warna jernih, tak berbau dan tak boleh nk stop. Lekas2 kami call our parents. Akhirnya plan nk bersalin dekat An-Nur x jadi sebab kami terus ke hospital yg berdekatan, hospital putrajaya.

Masa sampai hospital dah rasa contraction. Rasa sakit tu datang selang seminit mcm tu. x sempat nk relaks, sakit balik. Bila tengok kat kaunter hospital, ada tertulis yg katil semua penuh, so sesiapa pun x boleh bersalin kt situ mlm ni. Sebab tu ada patient yg tunggu kt situ terpaksa naik ambulan pergi hospital lain. Tapi, kalau sekadar buat pemeriksaan dibolehkan. Jadinya saya minta nurse check kandungan saya. Risau la sebab air ketuban dah keluar.

Nurse minta saya ambil sampel urin. Lepas tu, saya diminta baring atas katil. Rupanya bila baring rasa contraction tu lagi sakit sebab kita tak dapat nak bergerak bebas. Sementara tunggu nurse check laluan, sembang jap dgn patient kat katil sebelah. Rasa cemburu pula pd akak tu sebab dia baring relaks je. Kita ni x senang baring, pusing kiri kanan. Rupanya akak tu baru keguguran. Ya allah rasa bersalah pula cemburu kt akak tu. Kesian kt dia, dia nampak tenang je walaupun lepas keguguran.

Tibalah masa nurse check laluan. Tak tau dia masukkan alat apentah kt bawah tu. Lepas check, dia kata bukaan dah 5cm. Kena tolak ke labour room. Haa..dah nak bersalin? Rasa mcm tak percaya. Yang sedihnya en. suami tak dibenarkn masuk. Katanya sebab baby premature. Lepas masuk labour room, salin baju semua, Dr. dan bidan semua suruh push. Tapi saya tak pandai teran. Dr. kata saya teran muka bukan teran perut. Dah lah mcm tu, dengan tak cukup nafasnya, memang azab la nk meneran. Tu la, masa pergi kelas anthenatal, dah dipesan berlatih bernafas, tapi malas buat. Dengan tak ada tenaga lg sebab tak sempat dinner. Banyak kali sangat meneran tp x berjaya sampaikan Dr. tanya awak tak sayang baby ke? Terus lepas tu, dengan sepenuh azam saya teran sekuatnya. Alhamdulillah baby keluar meluru dengan jayanya.

Sementara tunggu diaorang bersihkan baby dan paed check baby, Dr. jahit kt bawah. Masa kena potong, x rasa sakit pun, walaupun rasa kena potong. Bila kena jahit, ada la rasa sakit mcm kena gigit semut. Kalau x tahan, Dr. suruh sedut gas tapi tak boleh sedut banyak2, takut kita pening.

Baby walaupun x cukup bulan, alhamdulillah dia tak perlu masuk inkubator sbb paed kata dia sihat mcm baby cukup bulan. Cuma kena pantau sugar level dia. Jadinya darah dia kena ambil 4 kali. Kesian dia, kaki kecik tu kena cucuk utk ambil darah.

Maka berakhirlah episod pengalaman bersalin baby Qays. Ha nak mencari nama baby pun satu hal..nanti entry lain cerita. Malam tu saya dpt bilik special. Bilik tak share dengan sesiapa, toilet pun dpt satu. huahua saya duduk kt labour room mlm tu sbb katil wad penuh. Alhamdulillah tak ada org bersalin lepas saya. Kalau x, mana la diaorg tolak saya mlm tu.



Ini la dia Qays kesayangan kami yang berumur 2 hari.