Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers

Thursday, August 29, 2013

UK, kami datang.

Kali ni nak gebang trip kami sekeluarga ke UK. Ahli terhormat dalam group ni ialah Qays, parents Qays, Opah Qays belah abahnya dan onyang Qays belah abahnya juga. Misi utama pergi sana ialah untuk bergembira sambil berjalan-jalan bersama adik ipar, Mardhiah (Madi) sebab dia baru habis her final year exam. So, before dia balik for good, kami amik kesempatan tuk jalan2 kat sana. Sebabnya, penginapan dah free, makan pun kebanyakaannya dpt tajaan dari friends of Madi. Heaven..Sunggu baik kawan2 Madi sebab sanggup kosongkan bilik untuk kami tidur, pastu masak sedap2. terharuuu...

Pada 13hb kitaorg bertolak ke UK. Flight pagi then, sampai sana dlm kul 5 wakttu tempatan. 13 jam duduk dlm perut kapal adalah mencabar. Sebabnya budak kecik Qays banyak kali meragam suka nangis sampai kami malu2 sebab suara dia je yang kedengaran. Walaubagaimana pun, akhirnya kami selamat tiba di Heathrow Airport.

Masa dah siap2 amik luggage semua, Madi pun dah siap2 menunggu kami. Kami terus amik kereta sewa. Asalnya nak sewa satu kereta besar. So muat la kami berenam campur barang2 sekali. Sekali company tu kata depa tak de kereta besar. Akhirnya terpaksa la amik dua kereta. Susah la nak jenjalan dgn dua kereta, pastu nak cari parking dah satu hal pulak, kena cari untuk dua petak kereta. Tapi tak mengapa, kami tabah sebab ni baru first day..rileks2. So lepas dah setel2 hal kereta, kami pun bertolak ke Uxbridge, ke sebuah kawasan perumahan dimana kat situ ada rumah kawan Madi untuk kami menumpang. Lama kot kitaorg tumpang sana. Dari hari Khamis sampai Ahad. Berikut ialah pemandangan sepanjang nak pergi ke rumah singgahan di Uxbridge. Serius cantiknya pemandangan ciptaan Allah. Maka benar lah, jauh berjalan, lain pemandangan. n_n







Hari ni kami tak berjalan-jalan kemana-mana pon sebab kepenatan yang amat sangat. best2 dapat bilik yang ada katil empuk...zzz lena bersama Qays. Btw, ni la rumah tumpangan kami tu. Comel je rumah ni. Dalam ni, diduduki oleh 4 orang pelajar melayu yang comel-comel juga. Dah la comel, pandai masak pulak tu. Malam tu, kami makan asam pedas ayam..terbaik sgt. sedap.


                           Ni la entrancenya. Oppss terdedah pulak toilet bowl dalam toilet tu.


Ni pemandangan dari entrance tadi. Belah kanan kitchen..Ala tak snap gambar kitchen. Disebabkan space kitchen sgt la ciput, fridge kena letak kat bawah tangga tu. Dua pintu tu ialah bilik memasing. Kat sebelah fridge tu ada satu lagi bilik khas utk lepak2 dan makan2 sebab ada sofa dan meja.


Steep betul tangga ni. Atas tu ada dua lagi bilik tidur. Sekian. UK, kami datang siri 2 akan menyusul.




No comments:

Post a Comment